https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=eoMJJCVBCgo
puitis for syria, owh allah Safe our brothers in syria....ameennn
Terasa cinta masih lagi mekar,
Bumi itu, bumi syria, bumi bertuah, bumi yg dilahirkan seribu kenangan
Hati dirudung seribu pertanyaan
"Adakah ini realiti?".
Lama ku menyoal diri,
Dan aku tersentak,
Rupanya ia bukanlah fantasi,
Oh, Syria,
Hari ini, aku dirudung pilu,
Bumi yang penuh cinta dan tinggalan cinta
para anbiyaa itu mula merah berdarah.
Kekejaman sudah mulai menampakkan taringnya
Kanak-kanak,wanita , orang tua dibunuh, disembelih tanpa empati
Oh! mana hati tulusmu duhai musuh islam?
Sekurangnya hati itu buat meratapi ahli keluargamu jika dibunuh sedemikian rupa.
Batu juga akan meninggalkan lekuk jika air menitis di tempat yang sama,
oh silap !memang kami silap,
Rupanya hati kalian si musuh islam lebih keras dari batu!
Musuh islam dengan gelak ketawa ,
Berjaya membunuh manusia tidak berdosa,
Tapi mereka tidak sedar,
Manusia yang mereka bunuh senyum menunggu syurga.
Pergilah dengan perbuatanmu!
Menanglah dengan duniamu!
Tapi jangan lupa, Allah bersama kami!
Allah pelindung kami!
Janji Allah, islam pasti akan tinggi.
Ya! tertegak dibumi suatu hari nanti.
Saat itu, usah lagi musuh islam lari,
Jika sembunyi dibalik pokok, pokok pun akan berbunyi
"Ini dia musuh islam yang kalian cari"(hadis riwayat Al-bukhari dan muslim)
Islam itu tinggi , tiada yang lebih tinggi darinya,
Kembali islam gemilang,
Kembali hati dan jiwa yang tenang,
Tersenyum dengan janji Tuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila beri comment sekiranya anda berminat..