Biar sepi jiwa senja
asal terisi dengan cahaya
walau suram dilanda derita
indah tetap terpancar sirna
Bangun dari mimpi, lintasi saujana hari, bertemu fajar peneman sepi, senyuman bercahaya setulus hati.
Dan menari narilah mereka, bagaikan terbit pelangi warna, kilau emas mengamit indera, takkan terpisah keduanya.
Lalu datang curiga ke muara, beralun alun arus gelora, angin lemah mengatur bahasa, sampaikan pesan dari pohon angsana.
Indah berwarna; sinar mata menangkap pesona dunia, ku sangka kekal, rupanya hanya sementara, gugur layu lemah tidak bermaya, kini tidak lagi menjadi pujaan si pencinta. Masa usia, kita pasti akan tiba ke penghujungnya, sudahkah kita bersedia, untuk hadapi segala yang telah di janjikanNya...
mencari bayang di dalam bayang, merungkai seribu rahsia yang terpendam, robek hati di siat dan di gali, tapi sayang tak siapa yang mengerti.
kerana hidup ini sebuah perjalanan, aku dia dan kalian adalah turut sama berjalan. menempuh hari hari yang datang dan berlari.kadangkala jatuh lemah dan mati, namum kita masih lagi di beri masa, untuk di uji dan di cuba akan segala kekuatan yang ada - daya dan tenaga yang di pinjam seketika."
dan yang paling menyedihkan, saat kita berputus asa dari rahmat tuhan, sedangkan kita tahu...dia itu amat maha penyayang, kerana dengannya, kita sentiasa ada peluang, selagi kita masih di beri kesempatan, sebelum di tutup segala pintu harapan. pohonlah ampun atas segala kesilapan; mengakui semua dosa dan kealpaan..
tuhan.. banyak dosa yang telah aku lakukan.. aku mohon ampun atas segala kelalaian... ampunkan aku tuhan..ampunkan aku.. ampunkan aku..."
titik mula langkah kita sumbang caca merba satu langkah demi langkah tak pernah mengalah
sampai kini hari ini kau sudah berlari usah lupa asal kita siapa yang mencipta
usah lena dalam mimpi nikmat yang menguji perlu ingat tiap masa di sana yang utama
usah lagi kau peduli rintangan dan duri gengam tangan cita cita menuju padanya....
andai jatuh dalam noda harus bangkit segera tiada masa nak ketawa mati menghampiri kita
usah ragu kali ini hidup hanya sekali jangan sesal akhir nanti sudah tiada erti

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila beri comment sekiranya anda berminat..